Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Openg berkata atlet Sarawak mesti memenangi semua acara dalam SUKMA Ke-21 untuk membolehkan Sarawak menjadi juara pada kali ini.
Beliau berkata para atlet Sarawak hendaklah masuk ke gelanggang dengan penuh disiplin dan berani berlawan dengan sesiapa sahaja atlet lawan.
Beliau telah berucap pada majlis penyerahan bendera Sarawak “Ibu Pertiwiku” kepada kontinjen Sarawak
Majlis tersebut telah disemarakkan lagi dengan laungan penuh semangat dan tepukan dan sorakan “Agi Idup Agi Ngelaban”daripada semua atlet Sarawak seramai 817 atlet.
Premier berharap atlet Sarawak pada SUKMA Ke-21 yang menjadi juara kelak akan turut bersama dalam Sukan SEA 2027 dan membuktikan bahawa atlet Sarawak boleh ke peringkat antarabangsa bukan sekadar juara kampung sahaja.
“Sarawak telah bersetuju untuk menganjur bersama kerajaan Persekutuan SEA Games 2027 dengan peruntukkan sebanyak RM350 juta dan sebahagian acara akan diadakan di Sarawak, katanya lagi.
SUKMA ke-21 Sarawak 2024 akan diadakan pada 17-24 Ogos 2024 merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah selepas tahun 1990 dan 2016
Ianya akan menghimpun seramai 4503 atlet lelaki dan 3301 atlet wanita 2538 pegawai.
Ianya juga merupakan Temasya SUKMA yang terbesar pernah dianjurkan sejak di perkenalkan pada 1986 dan kali ini sebanyak 37 Sukan dengan 488 acara akan dipertandingkan bertempat di 9 bahagian iaitu Kuching, Samarahan,Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
Turut hadir Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah ak Embas, YB Datuk Amar Prof Sim Kui Hian, YB Datuk Amar Awang Tengah Bin Ali Hassan, YB Dato Sri Abdul Karim Rahman bin Hamzah, Menteri Pelancongan, Seni Kreatif dan Seni Persembahan /Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk SUKMA dan PARA SUKMA , YB Datuk Amar Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak, serta dif-dif kenamaan lain.